MotoGP Amerika Syarikat ditunda 7 bulan

1295

Sekali lagi jadual MotoGP 2020 akan ditunda. Acara MotoGP Grand Prix of the Americas di Texas, Amerika Syarikat yang dijadualkan akan bermula pada awal bulan April ini akan dibatalkan. 

MotoGP Amerika syarikat

Perlumbaan tersebut akan ditunda ke bulan November kerana kesan dari penularan virus Corona atau Covid-19.



Perlumbaan MotoGP AS sudah ragu-ragu untuk diteruskan selepas penyebaran virus Corona terus berkembang di seluruh dunia. 

Keputusan untuk menunda acara MotoGP AS diumumkan oleh FIM pada hari Selasa. “Kerana wabak virus Corona sedang tersebar luas, MotoGP Amerika Syarikat (Austin) mesti ditangguhkan,” kata kenyataan di laman web rasmi MotoGP.

Turut diumumkan ialah jadual seterusnya MotoGP AS yang akan diadakan pada 15 November. Acara ini pada asalnya dijadualkan akan berlangsung pada 5 April dan ini bermakna ia akan ditunda selama 7 bulan.

Perubahan jadual ini juga turut melibatkan MotoGP Sepanyol di Valencia, yang sepatutnya menjadi acara penutup bagi saingan MotoGP. MotoGP Sepanyol akan ditunda pada 22 November 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here