Tonton Toyota GR Yaris beraksi di habitat semulajadinya!

1609

Mahukan anda dengar bagaimana bunyi kereta produksi tiga-silinder paling berkuasa dilenjan di litar lumba?

Pasti mahu, bukan? Dan sama-sama: Naikkan bunyi “volume” dan dengar dari video ini. Satu video menunjukkan Toyota GR Yaris dengan enjin berkuasa 257hp tiga-silinder, sebuah unit homologasi rali telah disiarkan ketia ia sedang diuji.



GR Yaris ini dilihat berada di acara Pirelli Super Taiku di litar Fuji Speedway akhir bulan lepas, dimana ia dipandu oleh Takuto Iguchi dari Rookie Racing. Pasukan ini juga dikatakan mempunyai GR Supra di kelas lebih atas.

Sebelum anda tonton video jentera kecil-kecil cili api ini di litar Fuji, kita lihat semula angka-angka dari enjinnya.

Berkapasiti 1.6-liter turbo dan menghamburkan 257hp dan 360Nm tork, ia dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda dan LSD Torsen. Sistem pacuan ini boleh menghantar sehingga 100 peratus kuasa ke tayar depan atau belakang mengikut keadaan.

Ya, hingga 100 peratus kuasa boleh dihantar ke tayar belakang dalam situasi tertentu, walaupun pemandu hanya boleh melaras mengikut beberapa tetapan: 60/40, 30/70 atau 50/50. GR Yaris juga dilengkapi suspensi double-wishbone di belakang untuk pengendalian lebih jitu.

Dengan berat hanya 1,280kg, ia mampu mencapai 100km/j dalam masa kurang 5 saat dan kelajuan maksima 230km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here