Elon Musk: Pengangkutan bawah tanah Hyperloop akan beroperasi pada tahun 2020

3641

Elon Musk, yang merupakan ketua jenama kereta elektrik Tesla Inc. dan syarikat roket SpaceX, telah cuba merevolusikan pengangkutan dengan mereka kenderaan penghantaran penumpang melalui sistem tiub vakum bawah tanah raksasa, yang dikenali sebagai hyperloop.

Syarikat ini telah menyiapkan projek Test Tunnel, yang terletak di Hawthorne, California, dan projek-projek yang sedang dijalankan di Chicago Express Loop dan East Coast Loop dari Washington DC ke Baltimore.



Musk, pengasas syarikat Tunneling Boring Company berharap bahawa terowong komersial di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) dan hyperloop dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020. 

 hyperloop
Elon Musk

“Boring Co. sedang menyelesaikan terowong komersial pertama di Vegas, dari Pusat Konvensyen ke Strip, kemudian akan membuat projek lain,” kata Musk, dalam akaun Twitternya, menjawab soalan tentang projek terowong itu.

Pada bulan April, Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat telah mengeluarkan draf penilaian alam sekitar untuk terowong Washington DC-Baltimore, sebagai langkah pertama dalam kajian semula kerajaan mengenai projek Boring Co.

 hyperloop

Pada bulan Julai, Boring Co. mengumpul kira-kira 117 juta dolar AS (RM481j) dalam pusingan pembiayaan daripada 20 pelabur yang tidak disebutkan namanya selepas menjual kira-kira 120 juta dolar AS (RM494j) dalam ekuiti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here