Ford F-150 vs Tesla Cybertruck, siapa lebih kuat?

2875

Semasa pengenalan Tesla Cybertruck minggu lalu, syarikat dari California itu memaparkan video dimana trak pikap elektrik itu bersaing dengan sebuah Ford F-150.

Video pendek itu menunjukkan kemenangan selesa untuk jentera itu dimana ianya kini menjadi kenderaan yang laris dijual di Amerika Syarikat. Tetapi adakah ini persaingan yang adil?



Versi video yang sama dengan kualiti yang lebih tinggi telah dikeluarkan oleh Elon Musk di Twitter. Versi ini membolehkan kita melihat lebih mendalam tentang apa yang berlaku.

Tesla Cybertruck yang ditawarkan dengan dual-motor, all-wheel-drive, bermula pada harga US$49,900 (RM208,601) seperti yang diumumkan semasa didedahkan.

Dari video itu, jelas bahawa F-150 adalah sebuah model rear-wheel-drive. Kami tidak dapat mengenal pasti powertrain jentera ini tetapi jika ia benar-benar model RWD, ia akan menggunakan enjin EcoBoost 2.7-liter 325-hp sebagai pilihan yang paling logik.

Berat Cybertruck dianggarkan adalah lebih kurang 450-680 kilogram yang lebih berat berbanding Ford F-150. Tetapi ini hanya satu anggapan kerana kami tidak mempunyai maklumat yang tepat dan rasmi.

Secara ringkas, F-150 yang digunakan dalam video ini terasa lebih ringan, lebih murah, dan mungkin ketara lebih kuat berbanding saingan jentera elektrik yang lain. Dalam persaingan didalam video itu, output enjin dan berat kenderaan memainkan peranan pentinga dalam menentukan pemenang.

Selain itu, Cybertruck nampaknya terlalu unggul dan membina momentum ke hadapan sebelum F-150 mula melakukan apa-apa. Ini kerana motor elektrik mempunyai respon lebih baik dan kuasa puncak dicapai serta-merta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here