Berapa banyak pelindung keselamatan pada sut pelumba MotoGP?

2871

MotoGP adalah salah satu pertandingan perlumbaan motosikal paling berisiko di dunia. Bayangkan, kelajuan perlumbaan motosikal dalam acara ini boleh mencecah sehingga 300km/j.

Oleh itu, para pelumba juga mesti dilengkapi dengan pelbagai jenis pelindung di badan mereka.

pelindung pelumba motogp



Jadi, berapa banyak pelindung sebenarnya yang harus digunakan oleh pelumba MotoGP? Berdasarkan dari akaun instagram MotoGP, mereka menyatakan jenis peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh para pelumba ketika beraksi di litar perlumbaan.

Peralatan pertama yang digunakan ialah topi keledar, yang mesti melepasi kriteria yang ditetapkan, dan mempunyai berat tidak kurang dari 1.5kg.

Kemudian, para pelumba juga mesti menggunakan sarung tangan kulit yang beserta dengan pelindung jari. Sarung tangan ini juga mesti melindungi bahagian pergelangan tangan.

Pelindung seterusnya yang digunakan adalah kasut. Kasut pelumba MotoGP mestilah 3 kali lebih kuat berbanding sarung tangan mereka. Kasut tersebut juga mesti dilengkapi dengan sliders yang berbahan aluminium pada bahagian hujung hadapan.

Untuk bahagian pakaian perlumbaan, ianya mesti dilengkapi dengan perlindungan di bahagian bahu, siku, lutut, kawasan tulang kering, punggung dan bahagian dada.

Bukan itu sahaja, baju perlumbaan ini juga mesti dilengkapi dengan sistem beg udara untuk mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan. Titik beg udara ini terletak di bahagian bahu, pinggang dan paha.

Pada bahagian belakang pakaian perlumbaan, terdapat sejenis bonggol yang berfungsi sebagai sistem aerodinamik. Bahagian luar pakaian perlumbaan ini juga dilengkapi dengan pelindung tambahan untuk melindungi bahagian siku dan lutut. Berat keseluruhan pakaian perlumbaan ini dianggarkan sekitar 15kg.

Nampak berat dan banyak perlindungan pada sut perlumbaan ini, bukan? Ya lah, harus diingat, jentera MotoGP mampu mencapai kelajuan seperti Formula 1.

Malah, kemalangan pada kelajuan serendah 100km/j pun mampu mendedahkan penunggang kepada kecederaan sangat serius.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here