Jadi pelumba sebenar dengan kontrak jutaan ringgit bila menang game di telefon pintar anda!

1460

Dari bermain permainan perlumbaan di telefon anda hingga berlumba di litar sebenar nampak kurang realistik. Tapi, itulah hadiah sebenar yang menanti pemenang pertandingan World’s Fastest Gamer yang kini memasuki musim ketiga.

Dengan esport (sukan elektronik) yang kini menjadi semakin popular, ini mungkin masa terbaik untuk memanfaatkan masa anda menghadap telefon.



Dicipta oleh Torque Esports, pertandingan World’s Fastest Gamer bertujuan mencari pelumba maya paling berbakat.

Pemain akan bersaing melalui platform mudah-alih, konsol dan PC. 10 pemain terbaik akan berkumpul di Miami, AS hujung tahun ini untuk mengambil bahagian dalam siri online serta dunia sebenar untuk menjadi World’s Fastest Gamer.

Untuk anda yang berminat, hanya muat-turun permainan perlumbaan Gear.Club di Apple App Store atau Google PlayStore untuk bermula. Sesi kelayakan pertama akan berlangsung di Gear.Club hingga 6 Mei ini.

Pelumba maya hingga pelumba sebenar

Hadiah utama kontrak perlumbaan bernilai USD1 juta (RM4.38 juta) akan dimenangi oleh pemain terbaik seperti dimenangi oleh pemenang pada dua musim sebelum ini.

Rudy van Buren, pemenang musim pertama, kini menjadi pemandu simulator untuk pasukan McLaren F1. Dia akan memulakan karier perlumbaan sebenar dalam Porsche Carrera Cup di Jerman.

Pemenang tahun lepas pula ialah James Baldwin dari Britain, yang kini memandu untuk Jenson Team Rocket RJN. Pasukan ini ialah pasukan kereta yang dimiliki oleh bekas juara dunia F1, Jenson Button.

Duduk rumah, masih jadi pelumba

Darren Cox, pengasas World’s Fastest Gamer berkata dengan situasi Covid-19, ini bermakna “lebih mencabar buat kami untuk mengatur semua perancangan, tapi kami yakin mampu lakukannya dengan berluma dari rumah secara maya.”

Cox juga berkata bahawa menggunakan aplikasi telefon pintar untuk pertandingan ini untuk mereka “yang mungkin tidak sangka mempunyai kelayakan menyertai pertandingan seperti ini”, dan “jumlah mereka yang bermain Gear.Club akan memberikan kami himpunan bakat yang banyak”.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here