MINI Convertible Sidewalk, jentera yang menggabungkan ciri eksklusif dan gaya yang menarik

1324

Kereta ‘convertible’ secara umumnya memang bergaya dan diminati oleh ramai orang. Tetapi bagi sesetengah pengguna, selain gaya yang menarik, apa yang perlu ada pada kereta mereka ialah ciri eksklusif.

MINI Convertible Sidewalk

Gabungan kedua ciri ini mungkin terdapat pada MINI Convertible Sidewalk, yang menampilkan kelengkapan eksklusif dimana ia tidak terdapat pada model-model keluaran MINI yang lain.



Antaranya ialah cat luaran Deep Laguna serta rim aloi 17 inci rekaan ‘Scissor Spoke’ yang ditampilkan hanya boleh didapati pada model Sidewalk. Selain itu, fabrik bumbung yang disertakan menampilkan corak bermotifkan anak panah dari koleksi MINI Yours.

MINI turut menawarkan pilihan warna lain seperti Midnight Black, White Silver, Enigmatic Black, Moonwalk Grey dan Thunder Grey. Jalur pada bonet dan lencana Sidewalk turut disertakan untuk menyerlahkan lagi penampilan model ini.

Untuk bahagian dalam, ruangan kabin jentera ini dihiasi dengan perincian berwarna kuning dan biru, serta logo Sidewalk pada ambang pintu dan stereng. Model ini hadir dengan tempat duduk Lounge Sidewalk yang dibalut kemasan kulit MINI Yours.

Ciri standard model ini juga turut disediakan. Ia termasuk termasuk lampu hadapan LED, lampu kabus LED, pakej pencahayaan ruang kabin, mod pemanduan MINI, pendingin hawa automatik, pakej storan dan tempat duduk penumpang hadapan boleh laras.

MINI Convertible Sidewalk

MINI Convertible Sidewalk disediakan dalam tiga jenis varian.

Varian asas iaitu One dikuasakan oleh enjin 1.5-liter tiga silinder yang menghasilkan 102hp, manakala varian Cooper yang menampilkan enjin sama mampu menghasilkan sehingga 136hp.

Varian paling berkuasa iaitu Cooper S pula menhasilkan 192hp yang dibekalkan oleh enjin 2.0-liter empat silinder.

Semua varian disediakan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan transmisi Steptronic 7-kelajuan bagi Cooper dan Cooper S.

Transmisi Steptronic Sport tujuh kelajuan juga turut ditawarkan secara eksklusif untuk varian Cooper S.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here