Covid-19: Kempen Ikrar Ramadan Selamat oleh Volvo beri ganjaran GrabFood jika anda patuh kepada PKP

1101

Volvo Car Malaysia telah mengadakan kempen Ikrar Ramadan Selamat di sepanjang bulan ramadan ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan baru-baru ini.

Melalui kempen yang berlangsung dari 4 hingga 23 Mei 2020 ini, ganjaran akan diberi kepada rakyat Malaysia yang berikrar untuk mengekalkan penjarakan sosial dengan baucar GrabFood bernilai RM10. 



Kempen ini juga akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari. Ia bakal diadakan di tapak mikro – http://bit.ly/MYVolvoSafePledge, dengan ikrar yang dimuat naik oleh peserta di Instagram. 

Untuk tempoh 20 hari, Volvo Car Malaysia akan memberi 10,000 baucar bernilai RM100,000.

Ikrar untuk Penjarakan Sosial

Untuk menyertai kempen ini, peserta hanya perlu membuat hantaran semula di Instagram, satu daripada lima imej yang ditemui di laman mikro kempen Ikrar Ramadan Selamat Volvo. 

Ikrar ini boleh dilakukan terus melalui halaman Instagram Volvo Car Malaysia dengan klik pada pautan dalam bio atau melalui Instagram Stories.

Semua hantaran perlu meletakkan tag @VolvoCarMalaysia, diikuti dengan tanda pagar (hashtag) #MYVolvoSafePledge. Baucar akan diemel terus kepada peserta yang berjaya melalui alamat emel yang digunakan untuk menandatangi ikrar tersebut.

Kelayakan

Setiap akaun Instagram hanya boleh menyertai sekali sahaja. 500 entri pertama setiap hari akan dipilih, dan sepanjang tempoh 20 hari kempen ini, akan memberikan sebanyak 10,000 baucar.

Tawaran eksklusif Raya untuk pemilik Volvo

Bersempena dengan Hari Raya juga, Volvo Car Malaysia akan melancarkan tawaran istimewa bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2020.

Volvo Car Malaysia menawarkan pakej perkhidmatan penyelenggaraan selama lima tahun (VSA5+) untuk pemilik baru dan semua model kereta.

Di samping itu, pakej Recharge juga akan diberi untuk model terpilih bernilai sehingga RM30,888 dan Hager Wallbox untuk varian PHEV terpilih bernilai sehingga RM8,000.

Sebagai tambahan, sebarang tempahan yang dibuat secara dalam talian akan menerima pakej Polestar Optimisation percuma bernilai RM5,200.

Ikrar Ramadan Selamat Volvo

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran istimewa ini, sila hubungi pengedar Volvo Car pilihan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ikrar Ramadan Selamat atau Promosi Raya, sila lawati http://bit.ly/MYVolvoSafePledge atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG bagi mendapatkan lebih banyak makluman terkini.  

Untuk tempahan dalam talian, sila kunjungi pautan ini: http://bit.ly/VolvoMY-booking

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here