Lamborghini perkenalkan bot laju dengan kuasa 3,945hp

1265

Seolah-olah dia tidak puas menghasilkan supercar, Lamborghini kini memperluas portfolio produknya dengan menghasilkan bot laju (speed boat) pula.

Seperti keretanya, bot laju Lamborghini haruslah laju dan berkuasa, bukan? Jangan risau, enjinnya menjana 3,946hp! Cukup?

bot laju Lamborghini

Dikenali sebagai ‘Tecnomar For Lamborghini 63’, bot laju ini merupakan hasil kerjasama antara Automobili Lamborghini dan The Italian Sea Group. Mempunyai panjang 19.2 meter, nama bot laju ini diinspirasikan dari yayasan Lamborghini 1963. Ia juga mempunyai banyak persamaan dengan supercar keluaran pengeluar dari Itali tersebut.

Direka dengan input dari Lamborghini Centro Stile, Tecnomar For Lamborghini 63 juga diinspirasikan dari Lamborghini Sián FKP 37. Luaran bot ini direka dengan rupa sangat sporti, nampak laju walaupun tidak bergerak.

Ciri-ciri dari Lamborghini Miura dan Countach turut disertakan bahagian atas bot laju ini. Lampu depannya juga direka sebagai penghormatan kepada Lamborghini Sián FKP 37 dan kereta konsep Lamborghini Terzo Millennio.

Ruangan dalam Tecnomar For Lamborghini 63 menggabungkan reka bentuk berteknologi tinggi. Ianya berdasarkan bahan berprestasi tinggi yang disertakan untuk berat dan fungsi, digabungkan dengan garis kemas yang biasanya terdapat pada supercar keluaran Lamborghini, bentuk segi enam, dan Y-motif.

bot laju Lamborghini

Panel instrumen yang disertakan menyerupai kokpit dari jentera keluaran Lamborghini, yang menggabungkan semua sistem navigasi dan kawalan.

Terdapat banyak komponen yang disertakan dengan gentian karbon dari Lamborghini, antaranya ialah tempat duduk dan stereng. Butang mula/berhenti (start/stop) turut disertakan sama seperti yang digunakan untuk menghidupkan enjin kereta Lamborghini.

Bot laju ini ditawarkan dengan hiasan warna dan bahan yang sama seperti program personalisasi Ad Personam Lamborghini. Para pelanggan boleh memilih pilihan warna pada ruangan dalam yang disediakan dengan dua versi.

Untuk prestasi, bot laju ini dikuasakan oleh dua enjin diesel V12 MAN yang mampu menghasilkan sehingga 3,945hp, dan mampu mencecah kelajuan tertinggi pada 111km/j. Hal ini menjadikan Tecnomar For Lamborghini 63 sebagai bot laju yang terpantas yang pernah dihasilkan. 

Tecnomar For Lamborghini 63 pertama akan mula didapati pada awal 2021.

Sumber: carscoops.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here