Acura TLX 2021 ialah kenderaan pertama mendapat beg udara Honda sendiri

1612

Acura TLX 2021 akan menjadi kenderaan pertama yang dilengkapi dengan beg udara penumpang depan dengan tiga chamber baru yang diperkenalkan oleh Honda tahun lepas. Acura TLX 2021

Dengan adanya sistem keselamatan baru ini, ia akan mengukuhkan komitmen syarikat itu untuk memberikannya kepada sedan sports itu.

Seperti yang dijelaskan dalam video di bawah, beg udara baru ini direkabentuk dan dibangunkan oleh jurutera di kampus R&D Honda di Ohio dan pembekal Autoliv.



Ianya bertujuan untuk mengurangkan risiko trauma otak yang teruk jika berlaku sesuatu kemalangan. Dengan pelancaran Acura TLX 2021, beg udara baru ini akan mula ditawarkan pada syarikat pengeluar lain melalui Autoliv.

Rekabentuk beg udara ini berasaskan dari kajian Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat pada 2013, yang menggunakan imbasan MRI untuk melihat kecederaan otak akibat dari kemalangan. Setelah itu, metodologi Brain Injury Criteria telah dicipta untuk menilai kecederaan otak jika berlaku sesuatu kemalangan.

Sehubungan dengan itu, Honda dan Autoliv menghasilkan beg udara yang mampu menahan daya dengan lebih baik, dan juga dapat mengelakkan kepala pemandu dan penumpang mengalami kecederaan yang teruk ketika kenderaan terlibat kemalangan dalam kelajuan yang tinggi.

Menurut Honda, beg udara baru tersebut merupakan kemajuan utama dalam reka bentuk beg udara. Pada tahun 1990, Honda telah memperkenalkan beg udara penumpang pertama, yang digunakan pada Acura Legend 1991. Reka bentuk beg udara tersebut diterima pakai secara meluas dalam industri penghasilan kereta.

Honda turut menyediakan banyak ciri keselamatan yang lain pada Acura TLX 2021, termasuk beg udara lutut untuk pemandu dan penumpang hadapan. Kedua-dua ciri keselamatan ini terdapat pada bahagian bawah panel instrumen. Secara keseluruhan, kereta ini disertakan dengan beg udara yang paling banyak iaitu lapan beg udara.

Kereta ini juga akan disertakan dengan sistem keselamatan canggih iaitu AcuraWatch, teknologi bantuan pemandu dan struktur badan Advanced Compatability Engineering Acura yang telah dikembangkan.

Sumber: autoblog.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here