BMW perkenalkan Cruise Control berpandukan radar untuk motosikal

1911

BMW telah menyertai barisan syarikat pengeluar yang memperkenalkan teknologi kawalan luncur (cruise control) berpandukan radar untuk motosikal.

 teknologi kawalan pelayaran BMW

Ini berikutan dengan pengumuman oleh Ducati yang mengatakan mereka akan menjadi yang pertama memperkenalkan teknologi berkenaan, diikuti beberapa khabar angin dari KTM yang mahu menggunakan teknologi sama. Namun, syarikat pengeluar dari Jerman ini terlebih dahulu memperkenalkan sistem mereka.



Sistem Active Cruise Control (ACC) yang digunakan adalah kerjasama dengan Bosch dan akan membolehkan penunggang menetapkan bukan hanya kelajuan, tetapi juga jarak antara motosikal.

Jarak antara motosikal ini akan dikesan oleh radar pengesan yang terdapat pada bahagian hadapan motosikal. Dengan kata lain, sistem ini mampu menjaga jarak supaya tidak berlaku perlanggaran dengan kenderaan yang berada di depan.

Teknologi ini akan memberikan maklumat terperinci kepada penunggang mengenai kelajuan motosikal dan memberikan kemungkinan jalan yang akan dilalui oleh motosikal dalam jarak 100m seterusnya.

Teknologi ini dapat disusun dalam tiga tahap dengan satu butang dan akan dipaparkan di papan pemuka. Sekiranya sistem tidak beroperasi, simbol di papan pemuka akan memberitahu penunggang untuk mengawal sepenuhnya motosikal.

Terdapat juga amaran kedua untuk memberitahu penunggang untuk melakukan brek kecemasan ketika berada dalam situasi tertentu. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak akan bertindak balas terhadap kenderaan yang tidak bergerak di hadapan.

Sumber: motorcyclenews.com, inews.id

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here