Perodua Myvi S-Edition bukan dari Perodua sendiri – CEO

3403

Baru-baru ini, Perodua Brunei telah melancarkan barisan Myvi mereka di sana. Menariknya, terdapat varian S-Edition yang menimbulkan perbualan hangat dan minat dari kalangan rakyat Malaysia.

Dengan itu, Presiden dan CEO Perodua, Ybhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan bahawa S-Edition pada Myvi 1.3 itu merupakan usaha oleh pengedar mereka sendiri iaitu GHK Motors.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Dato’ Zainal berkata: “Kami telahpun berinteraksi dengan GHK Motors untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai varian ini dan untuk memastikan penambahan kepada varian ini memenuhi piawaian yang ditetapkan.

“Berdasarkan maklum balas daripada GHK Motors, pengenalan Myvi Edisi S (S-Edition) ini adalah percubaan mereka untuk memperkenalkan varian yang lebih bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran di sana,” tambahnya.

Katanya lagi, “Kami memahami bahawa pengenalan Myvi Edisi S telah menimbulkan kekeliruan para pelanggan setia kami dan kami berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan perkara tersebut.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here