Mitsubishi dan Sing Kwung Jidosha perkenalkan pusat 3S dengan identiti visual baru

1401

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama dengan pengedar sah, Sing Kwung Jidosha memperkenalkan identiti visual baru untuk Pusat 3S Mitsubishi Motors (Jualan, Servis & Alat ganti) di Melaka baru-baru ini.

Sing Kwung Jidosha

Pusat 3S tersebut terletak di No. 2B, Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, 75250 Melaka.



Sing Kwung Jidosha merupakan bilik pameran pertama di Melaka dengan dengan slogan ‘Drive Your Ambition’. Dengan peningkatan yang dilakukan oleh Sing Kwung Jidosha, MMM kini mempunyai 20 bilik pameran yang sah di seluruh negara yang menggabungkan VI yang baru.

Dengan luas bangunan 10,000 kaki persegi, peningkatan yang dilakukan pada Pusat 3S ini akan menempatkan ruang tamu pelanggan yang selesa, WIFI dan ruang yang cukup untuk memaparkan sehingga empat buah kenderaan.

Pusat servisnya juga dilengkapi dengan bengkel yang lengkap, mampu menampung sehingga lima buah kenderaan Mitsubishi dengan tempat penyimpanan alat ganti, dan perkhidmatan untuk badan dan cat.

Pusat 3S ini juga dilengkapi dengan alat diagnostik yang lengkap dan Special Set Tools (SST) untuk memberi perkhidmatan kepada setiap kenderaan Mitsubishi.

MMM kini mempunyai 50 bilik pameran (45 darinya adalah Pusat 3S) dan 51 cawangan perkhidmatan di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 14 bilik pameran (7 di Sarawak dan 7 di Sabah).

Trak pick-up Triton 4×4 diimport sebagai unit CBU (complete built-up) dari Thailand sementara Mitsubishi ASX dan Outlander merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here