Video: Dua penunggang nyaris bertumbuk akibat salah faham keluar simpang

2055

Pada waktu pagi, biasanya keadaan lalu lintas di jalan raya sangat sibuk. Masing-masing masyarakat berpusu-pusu di jalan raya bagi memulakan tugas harian. Kenderaan juga pastinya bersimpang siur di jalan raya dan kesesakan lalu lintas sudah tentu berlaku.

Jadi, sikap sabar haruslah lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika menuju ke tempat mencari rezeki.



Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya mengawal amarah disebabkan salah faham ketika mengendali kenderaan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hisyam Nozi, dia telah memuat naik satu video mengenai sikap seorang penunggang motosikal yang memarahi penunggang motosikal yang lain disebabkan salah faham.

Penunggang pertama itu melalui sebelah kereta dashcam dan mahu keluar ke kanan memasuki jalan utama.

Apabila sebuah kereta dari arah kanan jalan utama berhenti, penunggang itu cuba keluar, namun datang seorang lagi penunggang dari arah kanan di jalan utama, dan berlaku perselisihan faham.

Video agak terlindung, tetapi apabila nampak semula, motosikal dari jalan utama itu telah tumbang dan penumpang wanita serta kanak-kanak telah terjatuh.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen. Rata-rata mengatakan perlunya sikap bertolak ansur semasa di jalan raya, tidak kurang juga yang mengecam penunggang motosikal tadi yang kurang bersabar.

Sama-samalah kita lebih berhati-hati di jalan raya dan bertimbang rasa, dah tak pasal-pasal jalanraya makin sesak apabila berlaku kejadian tidak diingini seperti ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here