Anda kini boleh beli Proton Iriz R5 untuk rali, harga bermula RM776k sahaja

2363

Proton Iriz R5 sememangnya cemerlang dalam kejuaraan-kejuaraan rali disertainya. Antaranya adalah dengan menjadi juara tiga kali berturut-turut dalam acara Rally Stage di Goodwood Festival of Speed (FOS) 2017, 2018 dan 2019.

Dan walaupun ia telah menerima homologasi penuh FIA untuk berentap dalam acara-acara rali anjuran FIA, jentera R5 yang merupakan satu-satunya model dengan stereng pemanduan kanan (RHD) ini tidak pernah ditawarkan untuk dijual secara terbuka.



Namun dalam perkembangan terkini, Mellors Elliot Motorsport (MEM) iaitu pembina Iriz R5 ini telah mendedahkan risalah jentera rali ini di laman web rasmi mereka.

Untuk pengetahuan, MEM merupakan salah satu firma kejuruteraan pembina jentera perlumbaan tersohor di Eropah dan mereka juga yang bertanggungjawab menghasilkan Proton Satria Neo S2000.

Proton Iriz R5 ini dijual pada harga asas GBP140,000 (RM776k) sebelum ditambah dengan kit-kit pilihan dan spesifikasi tertentu mengikut kehendak anda.

Berikut adalah kelengkapan pada Iriz R5 asas:

Iriz R5 ini juga boleh dilengkapkan dengan kit tambahan bernilai GBP45,000 (RM249k) yang merangkumi komponen seperti paparan juru-arah Cosworth, kit pengurusan data Cosworth termasuk komputer riba khas, pendaftaran UK, pelindung-pelindung keliling badan, pelapik brek Winmax, ruang udara bumbung dan jaring topi keledar.

Terdapat juga kelengkapan naik taraf pada badan, brek, lampu, sistem hidraulik dan kabin yang merangkumi komponen-komponen seperti berikut:

Untuk kit Gravel atau jalan berbatu kerikil, anda boleh lengkapkan Iriz R5 anda dengan kit berharga GBP19,900 (lebih RM110k) ini:

Manakala untuk kit Tarmac atau jalan tar pula, Iriz R5 boleh diberikan kit ini yang berharga GBP23,500 (lebih RM130k).

Dan jika anda berlumba dalam kejuaraan-kejuaraan rali, sudah tentu akan ada krew serta alatan mereka untuk menyiapkan jentera anda, bukan? MEM menawarkan kit bertukang dan bengkel seperti berikut:

Secara asas, Proton Iriz R5 dikuasakan oleh enjin 4B11 1,600cc yang dibangunkan oleh MEM dengan kerangka badan khas yang juga dibangunkan oleh firma itu, termasuk roll-cage dan pakej aero.

Ia dilengkapi trasnmisi sequential Xtrac 5-kelajuan, suspensi Reiger boleh-laras, brek Brembo 4-piston depan dan pelapik Brembo di belakang, elektronik Cosworth, serta kabin dengan spesifikasi FIA.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here