Covid-19: Kaunter pertanyaan IPD Sentul sahaja ditutup

2979

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan hanya kawasan berdekatan kaunter pertanyaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sahaja ditutup dan bukannya keseluruhan balai berkenaan.

Beliau berkata, penutupan kawasan berkenaan dibuat selepas polis mendapati seorang wanita yang memakai gelang kuarantin Covid-19 hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis.



“Seorang wanita itu diganggu, jadi beliau ke Balai Polis Trafik Sentul untuk buat laporan. Setibanya wanita itu di sana pihak polis dapati dia memakai gelang kuarantin serta ada gejala batuk.

“Pihak polis memaklumkan perkara berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak kementerian meminta kawasan dilalui wanita itu ditutup.

“Bagaimanapun, operasi balai berkenaan berjalan seperti biasa, cuma kawasan di kaunter pertanyaan sahaja ditutup,” katanya.

 IPD Sentul

Abdul Hamid berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan KKM, petang ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai notis yang ditampal di hadapan pagar IPD Sentul mengenai penutupan balai berkenaan.

Menurut notis terbabit balai itu akan ditutup sementara waktu sehingga satu masa akan diumumkan nanti.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here