“Esok lusa kita susah, nanti ada orang lain tolong,” kereta pemuda rosak, uncle Cina baik hati datang beri pertolongan

486

Isu berunsurkan sentimen yang tidak sedap didengar seperti unsur perkauman kini masih kerap kedengaran dan berlaku di negara kita.

Namun, sedar atau tidak banyak juga isu yang melambangkan perpaduan dan keharmonian kita sebagai masyarakat berbilang bangsa yang hidup aman damai di negara tercinta ini.

Seperti kisah yang dikongsikan Ayim di laman Twitter mengenai seorang lelaki berbangsa Cina yang datang memberi pertolongan ketika dia sedang memerlukan.

uncle Cina

“Cuba mintak tolong tapi tiada yang sudi menolong. Akhirnya alhamdulillah, dipertemukan dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang baik hati,” kata Ayim.

Menurut Ayim, pada mulanya dia agak buntu namun bernasib baik kerana dipertemukan dengan seorang uncle Cina yang baik hati ini ketika kereta Perodua Axia miliknya rosak berhadapan KFC Bandar Baru Sungai Buloh.

Uncle tersebut datang dan bertanya tentang masalah kereta, sebelum dia memeriksa dan mendapati bateri kereta milik Ayim dalam keadaan lemah.

“Kita ni rakyat Malaysia kena saling tolong menolong orang. Kalau orang lain susah itu kita tolong, nanti tuhan bagi kita ganjaran.”

“Esok lusa kalau kita pula yang ada masalah, nanti ada orag lain akan tolong kita juga,” kata uncle Cina tersebut.

Jadi kita sebagai rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama, bersama-samalah kita hidup bersatu padu, harmoni dan aman damai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here