“We are back to Malaysia!” – Sah! Suzuki Malaysia akan kembali beroperasi

2080

Setelah penutupan operasi diumumkan hampir dua bulan lalu, Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian di laman Facebook mengumumkan mereka kini kembali beroperasi untuk pasaran Malaysia.

Suzuki Malaysia beroperasi

Seperti yang dikongsi dalam web rasmi Suzuki Malaysia, mereka kini beralamat di No.14, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam.



Ia merupakan lokasi yang sama seperti ibu pejabat Kawasaki Motors Malaysia (KMSB).

Sebelum ini,  Suzuki Assemblers Malaysia (SAMSB) difahamkan secara rasmi menghentikan semua aktiviti pengeluaran bermula 1 Julai 2020. Hal ini berdasarkan dari surat pekeliling yang dikirim ke rangkaian pengedar rasmi Suzuki di Malaysia.

Surat itu menjelaskan penutupan syarikat Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, mulai 1 Julai 2020. Dalam surat tersebut menyatakan bahawa Suzuki Assemblers Malaysia akan menamatkan semua kontrak dengan pengedar Suzuki pada 31 Julai 2020.

Kemudian, berkaitan jaminan bank kepada Suzuki Assemblers Malaysia, ia akan dikembalikan kepada syarikat sebelum 15 Ogos 2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here