Suzuki Assemblers Malaysia ditutup?

1855

Sepucuk surat dari Suzuki Assemblers Malaysia nampaknya menjadi viral. Isu mengenai mereka menutup operasi untuk kebaikan di negara ini.Apa sebenarnya yang telah berlaku?

Sehingga artikel ini dikeluarkan, belum ada pengumuman rasmi dari mana-mana pihak yang berhubungkait isu ini. Isi surat tersebut menyatakan bahawa Suzuki Assemblers Malaysia akan menamatkan semua kontrak dengan wakil rasmi penjual motosikal Suzuki di Malaysia bermula 31 Julai 2020.



Jaminan bank dan deposit tunai,akan dikembalikan kepada semua pihak berkaitan pada 15 Ogos 2020 nanti.

Kita semua tahu bahawa COVID-19 dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan adalah mimpi buruk terutama kepada bidang perniagaan. Adakah Pandemik Covid 19 merupakan punca Suzuki Assembler Malaysia menarik diri dari pasaran motosikal di negara kita?

Kebarangkalian kurangnya pengeluaran model motosikal yang mampu menambat hati peminat dua roda di negara kita mungkin salah satu penyebab Suzuki Assembler Malaysia terpaksa mengambil tindakan ini.

Dapat dilihat model motosikal Suzuki kurang menyerlah sekitar 3 tahun. Jika dibandingkan dengan pesaing mereka yang hampir setiap tahun mengeluarkan model terkini dan canggih. Ianya merupakan tamparan hebat.

Apa yang menarik ialah surat itu juga menyatakan bahawa semua perniagaan masa depan yang melibatkan jenama Suzuki akan dijaga oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB).

Mereka yang terikat dengan jenama Suzuki akan dihubungi oleh wakil mereka dalam masa terdekat, mungkin untuk menyusun semua butiran mengenai perkara itu.

Satu teka-teki. Soalan cepumas kepada peminat Motoqar, siapa Suzuki Malaysia Sdn Bhd(SMSB)?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here