Restorasi Yamaha YB100 khas untuk ayah, terbiar selepas 25 tahun

3808

Berdasarkan posting di laman Facebook milik Fazly Hafiz Yahaya, dia memuat naik beberapa gambar dan video yang memaparkan proses baik pulih (restorasi) Yamaha YB100 milik bapanya.

yamaha YB100

Motosikal itu adalah motosikal pertama milik bapanya yang dibeli sekitar tahun 1974 dan terbiar kira-kira 25 tahun selepas mengalami kerosakan.



Fazly dan adik-beradiknya membuat keputusan untuk membaik pulih motosikal itu. Setelah enam bulan proses restorasi, motosikal itu akhirnya siap dan dijadikan sebagai hadiah kejutan sempena hari lahir bapanya yang ke-65.

Posted by Fazly Hafiz Yahaya on Sunday, June 28, 2020

“Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat kami adik-beradik untuk membuat sedikit kejutan buat ayahanda tersayang di majlis hari jadinya.

Motosikal Yamaha YB100 yang rosak sejak 25 tahun lalu telah berjaya di hidupkan semula. Usaha yang tidak seberapa berbanding susah payah beliau membesarkan kami.”

“Suatu kepuasan bila mana mampu melihat beliau tersenyum. Maafkan sekalian kami andai terlewat membalas jasa. Semoga abah di panjangkan umur dan di murahkan rezeki”, katanya.

Yamaha YB 100 itu dihasilkan oleh Yamaha Motor Company untuk keluaran antara 1973 sehingga 1989. Pada zamannya, ia ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu merah, kuning, hijau, hitam dan biru. 

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 97cc yang mampu menghasilkan kira-kira 8.18bhp pada 8,000 rpm dan 2.95Nm tork pada 8,000 rpm. Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 14 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 130km/j.

Sumber: facebook, bikeinfobd.com, abacuscaralarms.co.uk

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here