Kereta sorong bayi Mercedes-AMG hadir rim baru, mula dijual hujung tahun ini!

1944

Mercedes memasuki dunia perniagaan kereta sorong bayi dua tahun lalu hasil kerjasama dengan Hartan, dan kini mereka menawarkan kereta sorong bayi baru dengan konsep AMG.

Kereta sorong bayi Mercedes-AMG

Akan mula dijual pada penghujung tahun ini, kereta sorong bayi Mercedes-AMG ini dilengkapi dengan roda berkualiti tinggi yang sama seperti konsep roda AMG cross-spoke, dan juga tempat duduk Microfaser Dinamica dengan pilihan warna hitam atau graphite.



Kereta sorong bayi ini juga disertakan dengan tempat sandar pelbagai tahap, bumbung boleh laras yang disertakan dengan pelindung matahari serta zon pengudaraan yang akan memastikan keselesaan dalam pelbagai keadaan cuaca.

Kereta sorong bayi Mercedes-AMG

Selain itu, ia juga disertakan dengan suspensi khas, brek parkir dan tempat pemegang yang boleh dilaraskan ketinggiannya.

Ketika dilipat, ianya mampu menghasilkan dimensi 69×58.5×31cm, yang tidak menggunakan ruang yang banyak ketika diletakkan dalam but kereta.

Kereta sorong bayi Mercedes-AMG

Pelbagai aksesori dari kereta sorong bayi Mercedes-AMG akan disediakan, termasuk carrycot, tilam iklim, permukaan baring yang boleh dipanjangkan, ventilasi lantai serta beg galas dan Bag2Go.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here