Honda tarik diri sebagai pembekal enjin pada hujung musim Formula 1 2021

1426

Dalam satu sidang media di Tokyo, Honda mengumumkan bahawa mereka akan menarik diri dari kejuaraan Formula 1 sebagai pembekal enjin pada penghunjung musim 2021.

honda formula 1

Syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun ini sebaliknya akan menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi sel bahan bakar, serta teknologi kenderaan elektrik.



Hal ini dilakukan kerana ia merupakan sebagai sebahagian dari rancangan mereka untuk mewujudkan kenderaan bebas karbon menjelang tahun 2050.

“Honda perlu memberi perhatian dalam penyelidikan dan pembangunan kepada unit tenaga masa depan dan teknologi tenaga, termasuk teknologi sel bahan bakar (FCV) dan bateri kenderaan elektrik (BEV), yang akan menjadi teras teknologi bebas karbon,” kata syarikat itu.

Masih belum dipastikan, syarikat pembekal enjin yang mana akan menggantikan Honda di Red Bull Racing dan Scuderia Alpha Tauri.

“Sebagai satu pasukan, kami memahami betapa sulitnya Honda Motor Company mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai pembekal enjin untuk kejuaraan Formula 1.”

“Walaupun kami kecewa tidak dapat meneruskan kerjasama dengan Honda, kami sangat bangga dengan kejayaan yang dikecapai bersama, iaitu lima kemenangan dan 15 kedudukan podium.”

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Honda atas usaha dan komitmen mereka yang luar biasa,” kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.

Sebelum ini, Honda kembali ke Formula 1  pada tahun 2015 sebagai pembekal enjin kepada pasukan McLaren. Namun, kombinasi ini tidak berjaya dan perkongsian mereka berakhir setelah tiga musim perlumbaan.

Honda kemudian menjadi pembekal enjin kepada Alpha Tauri selama setahun, dan bekerjasama dengan pasukan Red Bull sehingga sekarang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here