Utama Berita Automotif Perbaharui lesen motosikal secara atas talian melalui myEG mulai 9 Oktober ini...

Perbaharui lesen motosikal secara atas talian melalui myEG mulai 9 Oktober ini – JPJ

1480
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal mereka secara dalam talian melalui sistem myEG mulai 9 Oktober ini.
 
lesen
Sementara itu, bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula, pembaharuan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Oktober ini.
 
Bagaimanapun, pembaharuan secara dalam talian itu tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).
 
JPJ juga berkata, pelaksanaan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
 
Ketika ini, perkhidmatan secara dalam talian melalui sistem myEG ialah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja.
 
Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa perkhidmatan JPJ terganggu disebabkan penutupan kaunter akibat pandemik Covid-19 yang berleluasa.
 
“Justeru melalui inisiatif ini, perkhidmatan JPJ akan menjadi lebih cekap dan mampan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat,” katanya.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here