Laku keras! Tempahan Proton X50 cecah 20,000 unit dalam 2 minggu!

2148

Syarikat automotif nasional, Proton mencatat sebanyak 11,935 unit jualan pada bulan September, yang merupakan kadar jualan kedua tertinggi bagi tahun 2020.

 



Ianya merupakan peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding bulan Ogos dan 12.5 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2019.

Secara keseluruhan, Proton berjaya menjual sebanyak 73,607 unit kenderaan pada tahun ini, bersamaan dengan pegangan pasaran sebanyak 21.6 peratus dan menduduki tempat kedua dalam industri automotif Malaysia.

Sama seperti bulan Ogos, tiga model Proton yang mendahului segmen masing-masing pada bulan ini ialah Proton X70 sebanyak 2,849 unit, Proton Persona dan Proton Exora.

 

Proton X50 juga mendapat reaksi positif dari kalangan pengguna di Malaysia apabila mendapat 20,000 tempahan sejak tempahan mula dibuka. 

“Pihak Proton ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50.”

“Kami di Proton akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020, pada masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton EDAR.

Prestasi jualan model Proton pada bulan September 2020

Model

Unit jualan

Pencapaian jualan dalam bulan September 2020

Saga

4,949

  •  Menduduki Tempat Kedua bagi sedan segmen A
  •  Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Persona

2,606

  • Menduduki Tempat Pertama bagi sedan segmen B
  • Jualan tertinggi ketiga dalam tahun 2020

Exora

748

  •  Menduduki Tempat Pertama bagi MPV segment C
  • Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Iriz

782

  • Menduduki Tempat Ketiga bagi segmen B hatchback

X70

2,849

  • Menduduki Tempat Pertama bagi semua kategori segmen SUV
  • Jualan tertinggi kedua dalam tahun 2020

Jumlah

*11,935

 

*Jualan model lain yang tidak tersenarai ditambah ke jumlah jualan keseluruhan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here