10 buah kenderaan rosak dilanggar Toyota Hilux alami masalah brek

1868

Sebanyak 10 buah kenderaan mengalami pelbagai kerosakan kerana dilanggar sebuah pacuan empat roda yang mengalami masalah brek dan hilang kawalan di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh.

10 kenderaan

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku pada 11.50 pagi, ketika Toyota Hilux tersebut dipandu seorang lelaki yang melalui jalan sehala itu untuk ke tempat kerja di sebuah restoran.



Katanya, ketika melalui jalan empat lorong itu, brek kenderaan itu tiba-tiba tidak berfungsi sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah Perodua Myvi di hadapannya yang sedang berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Akibat itu, Toyota Hilux tersebut dan Perodua Myvi berkenaan terus merempuh beberapa kenderaan lain di hadapan, kiri dan kanan jalan. Kenderaan yang dirempuh dan gagal mengelak turut merempuh kenderaan lain.”

“10 kenderaan yang dilanggar adalah sebuah Toyota Camry, Toyota Avanza, Honda City, Perodua Kenari, Toyota Unser, Proton Waja, Toyota Vellfire dan dua Perodua Axia yang semuanya mengalami pelbagai kerosakan termasuk bonet remuk,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan difahamkan berlaku, dan polis sudah merakam keterangan semua pemandu yang terbabit.

Tambah A Asmadi, pemandu Toyota Hilux dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk ujian darah bagi mengesan kandungan alk0hol dan d4dah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here