Mini Cooper S 1965 dijumpai semula setelah 46 tahun ditinggalkan dalam garaj

2433

Sebuah keluarga di United Kingdom ibarat menerima ‘durian runtuh’ apabila mereka menjumpai sebuah Mini Cooper S yang sudah berkarat di bawah timbunan sampah.

Mini Cooper S

Kereta keluaran tahun 1965 yang sinonim dengan seorang model iaitu Twiggy, ditemui oleh keluarga tersebut di rumah difahamkan milik Stuart Wainwright pada tahun lepas.



Stuart, yang meninggal pada usia 73 tahun, menerima Mini Cooper S tersebut sebagai hadiah hari lahir ke-21 pada tahun 1967.  

Mini Cooper S

Enam tahun kemudian, dia meninggalkannya kereta tersebut di dalam garajnya setelah membeli sebuah kereta baru. Mini Cooper S tersebut kekal berada di dalam garaj tersebut sehingga hari kematiannya.

Walau bagaimanapun, kereta rare ini difahamkan telah dibeli oleh seorang pengumpul dari Cheshire dengan harga £28,800 (RM155k) pada tahun lepas.

Mini Cooper S

 

Richard Bromell, dari Charterhouse Auctions di Sherborne, Dorset, berkata: “Penjualnya sangat gembira. Banyak wang diperoleh dari jualan sebuah kereta buruk yang berkarat.”

Pembeli kereta tersebut juga difahamkan berkemungkinan perlu menghabiskan sebanyak £10,000 (RM54k) untuk proses baik pulih semula.

Untuk makluman, sebuah kereta dengan model yang sama, tetapi tanpa proses baik pulih dilelong dengan harga £50,000 (RM270k) pada tahun 2018.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here