Polis Indiana jimatkan kos sekitar RM28k dengan guna Tesla Model 3 SR+ sebagai kereta peronda

1769

Jabatan Polis Bagersville Indiana mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berjaya menjimatkan kos dengan menggunakan Tesla Model 3 SR+ berbanding Dodge Charger Pursuit.

Menerusi laman Twitter, ketua jabatan iaitu Todd Bertram berkongsi gambar kereta peronda Tesla Model 3 SR+ yang digunakan selama 12 bulan lepas, dibandingkan dengan kereta peronda jenis Dodge Charger Pursuit yang digunakan oleh jabatan yang sama.



Secara keseluruhan, kereta peronda jenis Tesla ini dapat menjimatkan kos operasi sebanyak USD6,755 (RM28k) berbanding Dodge.

Kereta peronda Dodge Charger Pursuit

Berdasarkan satu jadual, penggunaan bahan api pada kereta peronda Dodge Charger Pursuit adalah kos paling besar.

Dalam kebanyakan bulan, kos petrol untuk kereta peronda ini adalah sekitar USD300-USD500 (RM1,249-RM2,082). Namun pada Disember 2019, kos tersebut meningkat naik kepada USD706 (RM2,940).

Selain itu, kereta peronda ini mengalami tujuh pertukaran minyak sepanjang tempoh 12 bulan dan sejumlah kos penyelenggaraan. Sebahagian besarnya berlaku pada bulan April 2020, ketika jabatan polis membayar USD1,935 (RM8,058) untuk memastikan kereta peronda ini sentiasa digunakan.

Secara keseluruhan, jabatan polis menghabiskan sebanyak USD7,580 (RM31k) untuk kereta itu dalam tempoh 12 bulan.

Kereta peronda Tesla Model 3 SR+

Untuk kereta peronda ini, tiada sebarang kos penyelenggaraan dicatatkan, dengan wang hanya dibelanjakan untuk kos elektrik.

tesla model 3

Secara purata, jabatan polis penghabiskan sebanyak USD50-USD70 (RM208-RM291) dalam masa sebulan untuk kos elektrik, walaupun kosnya agak tinggi pada bulan Disember 2019.

Keseluruhannya, kos untuk kereta peronda jenis ini ialah sebanyak USD825 (RM3,435) dalam masa setahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here