Honda Civic 2022 dengan rupa serba moden, teaser disiar sebelum pelancaran global 17 Nov ini

2419

Nampaknya Honda Civic 2022 akan memperlihatkan rupa yang lebih hensem dan moden berdasarkan imej-imej dari teaser yang disiarkan.

Honda Civic generasi ke-11 itu akan dilancarkan secara rasmi melalui live stream di Twitch pada Selasa, 17 November depan.



Honda hanya akan menawarkan Civic 2022 ini dalam bentuk badan sedan (yang kita lihat di sini) dan hatchback, tiada lagi model coupe dua-pintu seperti pada pasaran Amerika Utara.

Generasi baharu itu nampaknya akan mempunyai rupa gagah dan bersegi yang lebih cantik, menerupai Acura TLX 2021. Antara elemen yang dapat dilihat adalah lencana Honda krom, rim hitam berkilat dan dua ekzos bujur.

Belum ada maklumat mengenai pilihan powertrain, tetapi Honda telah mengesahkan barisan Civic terdiri dari sedan, hatchback, Si dan Type-R. Ini bermakna akan terdapat beberapa tahap kuasa dari beberapa enjin 4-silinder.

Ia juga akan dibina dari platform Civic sedia ada, tetapi yang lebih baharu, jadi mungkin terdapat beberapa talaan pada casis. Transmisi manual sepatutnya ditawarkan secara standard, cuma mungkin harapan tipis untuk ia ditawarkan di Malaysia. Atau mungkin Honda Malaysia akan buat kelainan kali ini?

Honda Civic 2022 akan mula dipasarkan tahun depan di Amerika Syarikat, dan kami rasa ia hanya akan tiba di Malaysia paling cepat hujung tahun depan.

Untuk melihat dengan lebih menyeluruh rupa Civic serba baharu ini, sama-sama kita nantikan 17 November nanti.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here