Lelaki ini hasilkan supercar yang diperbuat dari kayu selama 20,000 jam!

2806

Joe Harmon, seorang pereka dari North Carolina, Amerika Syarikat menghabiskan masa selama 20,000 jam dalam tempoh 9 tahun untuk menghasilkan sebuah supercar yang diperbuat daripada kayu.

supercar kayu

Menurut Joe, supercar yang dihasilkan olehnya diinspirasikan dari sebuah kapal terbang Perang Dunia Kedua iaitu Havilland Mosquito atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Wood Wonder’.



Secara keseluruhan, supercar yang dikenali sebagai ‘Splinter’ ini 90 peratus diperbuat daripada kayu. Difahamkan, pada mulanya projek supercar ini bermula sebagai sebuah projek untuk pelajar kolej.

supercar kayu

Tambah Joe, disebabkan kayu merupakan satu-satunya bahan binaan yang boleh diperbaharui secara semula jadi, bahan ini boleh terbiodegradasi dan memerlukan sedikit tenaga untuk dihasilkan.

Splinter dikatakan dihasilkan dengan kira-kira 20 jenis kayu, termasuk roda hingga ke ruangan dalam seperti stereng. 

supercar kayu

Joe juga berkata kayu sebenarnya mempunyai nisbah berat dan ketahanan yang lebih baik daripada keluli dan aluminium.

Splinter difahamkan menggunakan enjin Chevrolet LS7 yang mampu menghasilkan sehingga 650hp, dimana enjin ini digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Walaupun enjin yang disertakan mampu menghasilkan kelajuan hingga 321km/j, Splinter tidak pernah dipandu melebihi 48.2km/j kerana sifat kayu yang mudah terbakar. Sekiranya berlaku sedikit kebakaran, sudah tentu supercar ini terus hangus.

“Panas, bising, dan tidak selesa. Anda sebenarnya tidak dapat melihat apa yang ada di belakang, dan hampir tidak boleh melihat pada bahagian depan dengan jelas. Anda akan berada dalam posisi memandu yang sangat tidak selesa,” kata Joe.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here