PKPB: Cubaan masuk negeri zon hijau, 49 kenderaan diarah berpatah balik

1787

Disebabkan cuba merentas negeri memasuki negeri Pahang tanpa surat kebenaran, 49 kenderaan diarah berpatah balik semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, arahan berpatah balik itu untuk memastikan menyekat penularan wabak Covid-19 di Pahang.



“Kebenaran merentas negeri hanya diberikan selepas pemilik kenderaan menunjukkan surat dan mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.

“Kita bertegas untuk tidak membenarkan individu dari zon merah memasuki Pahang kerana negeri ini masih berada di zon hijau.

“Sebab itu kita mengarahkan 49 kenderaan berpatah balik dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19,” tambah Abd Jalil.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Pengendalian Motosikal Ringan Kelas B2 bagi Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Pahang Siri 1/2020 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alor Akar, di sini, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Abd Jalil menambah, bagi menyekat penularan wabak Covid-19 di negeri itu, polis Pahang mempertingkatkan sekatan bukan sahaja di sempadan negeri, malah lorong tikus dengan melakukan pemantauan sepanjang 24 jam.

“Dengan mempertingkatkan sekatan itu, pihaknya percaya kes penularan wabak ini dapat disekat terutama mereka yang datang dari zon merah.

“Antara tumpuan ialah di sempadan Pahang iaitu Rompin-Mersing, Johor; Kuantan-Kemaman, Terengganu; Bera-Jempol, Negeri Sembilan; Cameron Highlands-Tapah, Perak serta Bentong-Gombak dari Lembah Klang.”

Menurut Abd Jalil lagi, pihaknya mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here