Ini satu-satunya Porsche 911 kalis peluru standard kilang di dunia!

1026

Generasi 996 yang ikonik dari Porsche 911 mungkin merupakan antara model yang kurang mendapat perhatian, mungkin kerana reka bentuknya.

porsche kalis peluru

Namun, apa yang kami akan ceritakan pada kali ini sedikit berbeza, dan mungkin akan mendapat perhatian dan digemari oleh peminat Porsche di seluruh dunia.



Ini kerana, versi ini merupakan satu-satunya model Porsche 911 dengan spesifikasi kalis peluru standard kilang yang pernah dihasilkan oleh Porsche.

porsche kalis peluru

Untuk makluman, versi ini merupakan satu-satunya unit yang dihasilkan berdasarkan permintaan pelanggan yang mahukan sebuah kereta berperisai pada pertengahan tahun 1990-an, dan ia kini masih lagi boleh dilihat sebagai sebahagian daripada koleksi Porsche Museum.

Untuk menjadikannya kalis peluru, sebuah 996 Carrera berwarna Dragonfly Turquoise Metallic diambil dari production line. Kereta ini kemudian ditambah dengan kaca diperkukuh setebal 20mm yang dibuat khas dan dibekalkan untuknya.

porsche kalis peluru

Walaupun diubah suai, cermin depan dan belakang dapat mengekalkan elemen pemanasannya, dan ruang kabin sunyi sepi daripada sebarang bunyi luar.

Banyak pengubahsuaian pada bahagian luaran telah dilakukan, namun ciri pada bahagian dalamannya masih kekal sama, seperti sistem audio high-end, tempat duduk yang boleh dipanaskan dengan sistem elektrik dan cruise control.

porsche kalis peluru

Untuk hasil kerja badan, Porsche mengelak untuk menggunakan keluli tahan lasak, sebaliknya menggunakan Dyneema yang merupakan bahan komposit penyerap tenaga yang sama berat seperti bahan keluli dan 15 kali lebih kuat.

Menurut Porsche, kekuatan bahan tersebut telah terbukti mampu menahan daripada serangan peluru 9mm handgun, serta peluru .44 daripada revolver Magnum.

Namun, disebalik ubah suai yang dilakukan, ia kini memiliki berat sekitar 2,722kg, jauh lebih berat berbanding 996 Carrera standard (1,317kg). Walaupun beratnya bertambah, ia masih dikuasakan oleh standard flat-six 3.4 liter yang menghasilkan 296hp dan 350Nm.

Disebabkan tiada siapa yang mahu membawa sebuah Porsche yang terlalu berat, kos yang terlalu tinggi dan kurang permintaan, projek kereta kalis peluru tidak diteruskan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here