Pemandu Myvi baik hati bantu warga emas berkerusi roda di tepi jalan

1532

Beberapa hari lepas, sebuah video memaparkan seorang pemandu Perodua Myvi menjadi tular apabila dia dilihat membantu seorang warga emas berkerusi roda di tepi jalan.

pemandu myvi

Menerusi video yang dimuat naik oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis berkenaan, pemandu wanita itu memberhentikan keretanya sebaik sahaja melihat warga emas tersebut bersusah-payah mengayuh kerusi roda sambil melintas jalan.



Tanpa berlengah, dia keluar dari kenderaan, terus berjalan ke arah warga emas itu dan difahamkan bertanya ke mana dia mahu pergi.

Setelah mengetahui destinasi warga emas itu, wanita tersebut menolak kerusi roda menuju ke Myvi miliknya dan membantu warga emas terbabit untuk menaiki keretanya.

Wanita itu juga mengangkat kerusi roda warga emas tersebut dan memasukkannya sendiri ke dalam kereta miliknya.

Selepas memastikan nenek itu telah berada dalam kereta, wanita terbabit memandu keretanya, difahamkan untuk menghantar warga emas tersebut ke destinasi yang ingin dituju.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kebaikan dan kesungguhan wanita itu. Dalam pada itu, mereka memuji tindakannya yang disifatkan berhati mulia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here