Nissan Navara PRO-4X kini dengan gaya lebih segak dan kelengkapan pintar

1824

Nissan Navara versi 2021 tampil di pasaran Malaysia dengan varian PRO-4X serba baharu. Lebih dikenali sebagai Mother Trucker di Malaysia, Navara PRO-4x membawakan gaya lebih rugged dan pelbagai ciri pintar terkini.

Dari segi penampilan, ia boleh dikenalpasti dari gril Interlock besar berwarna dengan tulisan ‘NAVARA’, fender baharu, cermin sisi, rel bumbung, pemijak sisi, dan rim 17-inci hitam dengan tayar All Terrain.



Gaya keseluruhan diserlahkan lagi dengan kemasan magma pada bampar depan dan fender, serta tulisan ‘NISSAN’ berwarna merah pada emblem hitam di seluruh badan.

Kelengkapan terdiri dari lampu depan Quad LED baharu, DRL berbentuk C, dan lampu belakang LED rekaan baharu.

Untuk kabin, Navara PRO-4X mendapat cermin akustik untuk kesenyapan lebih baik, paparan meter bersaiz 7-inci baharu, skrin audio 8-inci dengan Apple Carplay dan Android Auto, serta roda stereng 3-jejari sporti.

Tempat duduk depan dibaluti kuli dengan teknologi Zero Gravity, terdapat juga perehat lengan di tempat duduk belakang serta sejumlah empat soket USB (tiga USB-A dan satu USB-C).

Nissan Navara PRO-4X dikuasakan oleh enjin 2.5-liter sedia ada dengan kod nama YD25. Unit 4.s-ilinder DOHC turbo-diesel mampu menjana 190PS pada 3,600rpm dan 450Nm tork pada 2,000rpm, dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan.

Satu ciri baharu ialah Electronic Locking Rear Differential yang mampu mengunci kedua-dua tayar belakang, berguna di laluan mencabar dan off-road.

Sebagai tambahan, Trailer Sway Assist akan mengawal arah kenderaan dengan brek individu sekiranya ia berayun-ayun ketika menunda treler.

Ciri lain adalah gandar belakang yang diperkukuh untuk kargo sehingga 1.1 tan, Tailgate Assist, Integrated Rear Bumper Step, dan Utili-Track Channel.

Navara PRO-4X dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility yang menawarkan keselamatan menyeluruh untuk kenderaan.

Buat pertama kalinya, Navara PRO-4X menampilkan ciri Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Off-Road Mode, Intelligent Predictive Forward Collision Warning, Intelligent Forward Emergency Braking dan.

Ciri keselamatan lain adalah:

  • Intelligent Driver Alertness
  • High Beam Assist
  • Lane Departure Warning
  • Blind Spot Warning
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Intelligent Moving Object Detection

Empat warna menarik ditawarkan untuk Navara PRO-4X; Black Star, Stealth Grey, Pearl White dan Burning Red.

Nissan Navara PRO-4X baharu akan dilancarkan ke seluruh negara pada 16 April 2021 dan harga akan diumumkan pada masa itu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nissan.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here