Individu ini satu-satunya lelaki dari India yang memiliki Bugatti Chiron!

391

India merupakan antara salah satu pasaran automotif yang paling berkembang pesat di dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah kereta mewah yang dilihat di jalan raya India semakin meningkat.

Jenama mewah yang sering dilihat di jalan raya adalah Lamborghini, Ferrari dan sebagainya. Terdapat juga kereta dari pengeluar lain yang sangat jarang dilihat di India seperti Bugatti.

Namun, beberapa individu kelahiran India yang berada di seluruh dunia difahamkan memiliki hypercar dari Bugatti seperti individu yang kami akan ceritakan ini.

Menurut Cartoq.com, Mayur Shree merupakan satu-satunya individu kelahiran India yang memiliki jentera dari Bugatti iaitu model Chiron

Chiron ialah sebuah hypercar eksklusif, dan hanya dihasilkan dalam unit yang terhad. Model ini dianggarkan antara hypercar paling mahal di dunia, dimana ia dijual dengan harga sekitar RM11.8 juta.

bugatti chiron india

Sekiranya pembeli ingin memasang pilihan tambahan, mereka perlu membayarnya dengan harga yang lebih mahal. Berdasarkan video dari saluran YouTube The Dallas Morning News, Chiron tersebut telah disertakan dengan satu warna yang khas. 

Mayur difahamkan telah memesan Chiron ini beberapa tahun lalu, dan kini, hypercar ini merupakan kereta yang paling mahal dalam koleksi keretanya. 

bugatti chiron india

Mayur Shree juga difahamkan memiliki banyak koleksi kereta mewah yang terdiri daripada Rolls Royce Phantom DHC, Lamborghini Aventador Convertible, McLaren P1, Porsche 911 GT3 RS, Aston Martin DBS Superleggera, Lamborghini Urus dan Lamborghini Murcielago roadster.

Untuk makluman, Bugatti Chiron dikuasakan oleh enjin W16 8.0-liter quad-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 1,500hp dan 1,600Nm tork.

Hypercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.4 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 420km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here