Koleksi baharu die-cast Matchbox mesra alam, guna bahan kitar semula

1851

Pengeluar dari pelbagai jenama kini ke arah proses untuk menghasilkan kenderaan sambil menyelamatkan alam sekitar, dan hal ini turut dilakukan oleh Matchbox.

diecast matchbox

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Drive Toward A Better Future, semua die-cast, set permainan dan pembungkusan dari Matchbox akan menggunakan sama ada 100 peratus plastik kitar semula, boleh dikitar atau berasaskan bio menjelang tahun 2030.



Sebagai usaha dari inisiatif tersebut, Matchbox telah memperkenalkan die-cast Tesla Roadster yang dihasilkan menggunakan 99 peratus bahan kitar semula dan CarbonNeutral yang diperakui. Model ini dijadualkan dilancarkan pada tahun 2022.

diecast matchbox

Selain itu, Matchbox akan menghasilkan lebih banyak model die-cast kenderaan elektrik dan juga replika pusat pengecas di stesen minyak.

Pembuat mainan ini juga menjanjikan “lebih banyak penggunaan bahan inovatif dan mesra alam” serta “menggalakkan pengguna kitar semula melalui rekabentuk produk dan label bungkusan” .

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, die-cast Matchbox akan hadir dalam pembungkusan sifar plastik, iaitu menggunakan kertas dan bahan serat kayu yang diperakui oleh Forest Stewardship Council.

Buat masa sekarang, lima die-cast sudah dihasilkan, iaitu model Tesla Roadster, BMW i3, BMW i8, Nissan Leaf dan Toyota Prius. Dapat dilihat juga van futuristik dengan jenama Matchbox.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here