Polis Kedah terima 30 unit Toyota Hilux GS Cargo baharu

3664

Polis Kedah menerima 30 pacuan empat roda baharu iaitu Toyota Hilux Single Cab 2.4 (MT) bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang sudah berusia.

Menurut Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim, semua kenderaan itu adalah untuk gunasama operasi pasukan berkenaan.



Tambahnya, sebanyak 28 kenderaan diserahkan kepada kontinjen Kedah, termasuk sebuah unit untuk Pusat Latihan Polis Langkawi dan Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi Wilayah Satu.

polis kedah

“Kenderaan ini untuk kegunaan penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR), Light Strike Force (LSF), membawa mayat, mengangkut barang dan lain-lain.

“Setiap kenderaan itu dilengkapi aksesori iaitu dua unit bracket senjata, perakam digital berkapasiti 128GB dan peti pertolongan cemas serta pelbagai barangan lain,” kata Mazlan.

polis kedah

Lanjut Mazlan, kenderaan ini mampu membawa 10 orang penumpang pada satu-satu masa.

Katanya, setakat ini kenderaan yang sudah melebihi usia adalah sebanyak 18,279 buah dan ia perlu diganti dari semasa ke semasa bergantung pada kewangan kerajaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here