Baru tiga hari, McLaren 765LT ini hangus dijilat api

1648

McLaren 765LT yang khas untuk kegunaan litar sahaja sememangnya sebuah jentera yang hardcore.

Dihasilkan berdasarkan model 720S, ia dilengkapi enjin 4.0-liter V8 twin-turbo yang mampu menghasilkan 755hp dan 799Nm tork.



Jentera ini juga mempunyai berat 79kg lebih ringan daripada model 720S kerana banyak komponen yang menggunakan gentian karbon. McLaren 765LT hanya dihasilkan terhad sebanyak 765 unit, tetapi salah satu unit dari jumlah tersebut kini musnah.

McLaren 765LT

Semasa parkir di sebuah stesen minyak di Upper Gwynedd Township dekat Philadelphia, Pennsylvania, sebuah McLaren 765LT terbakar dan telah musnah sepenuhnya.

Rakaman yang tular di media sosial memaparkan 765LT yang sedang marak terbakar, dan pihak bomba dan polis bergegas ke lokasi kejadian. Kebakaran ini mengambil masa selama dua jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Menurut North Penn Now, pemilik 765LT itu baru sahaja memiliki jentera tersebut selama tiga hari dan memandunya hanya sejauh 160km. 

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun kemungkinan besar, pemandu tersebut secara tidak sengaja menumpahkan bahan bakar pada ekzos ketika mengisinya.

Berdasarkan harganya yang mahal iaitu USD299,000 (RM1.2 juta di AS), McLaren 765LT ini diharap mendapat perlindungan insurans.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here