Volvo kini jenama dengan barisan model paling selamat di AS

1327

Model elektrik sepenuhnya (EV) Volvo XC40 Recharge telah dipilih sebagai Top Safety Pick Plus (PSP+) dari American Insurance Institute for Highway Safety (IIHS). Ini bermakna Volvo Cars ialah satu-satunya jenama yang mendapat TSP+ untuk kesemua barisan modelnya.

Dalam erti kata lain, Volvo ialah pengeluar dengan semua model yang disahkan cukup selamat untuk pasaran Amerika Syarikat.



Volvo XC40 Recharge ialah SUV kompak elektrik pertama yang mendapat anugerah itu. Volvo pula pada bulan lepas menjadi pengeluar yang memperoleh anugerah TSP+ paling banyak dalam satu tahun sejak anugerah itu bermula pada 2013.

Volvo Cars menerima sembilan anugerah TSP+ pada Februari, lima pada Mac dan kini satu lagi pada April, menjadikan 15 kesemuanya untuk 2021.

Antara penyebab pencapaian ini adalah faktor keselamatan yang menjadi fokus kepada Volvo, menjadikan ciri-ciri seperti Forward-Collision Warning and Automatic Emergency Braking sebagai ciri standard.

Barisan model Volvo yang telah menerima TSP+ adalah S90, S90 Recharge, V90, V90 Cross Country, V60 Cross Country, S60, S60 Recharge, V60, V60 Recharge, XC40, XC40 Recharge, XC60, XC60 Recharge, XC90 dan XC90 Recharge.

Pengeluar Sweden ini mempunyai visi bahawa tiada seorang pun akan terkorban atau cedera parah dalam kenderaan Volvo baharu.

Untuk mencapai visi itu, Volvo memperkenalkan had laju kenderaan, perlindungan run-off, dan beberapa lagi ciri yang ditambah pada XC40 Recharge.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here