McLaren Super Garage – Rumah penthouse dengan sebuah supercar 675LT, RM65.9 juta

2678

McLaren dengan kerjasama dari Pendry Residences West Hollywood kini menghasilkan sebuah super-garaj yang cukup unik.

Super-garaj ini difahamkan dibina untuk seseorang yang membeli sebuah penthouse dua tingkat yang dikenali sebagai Terrace Estate 608.

garaj McLaren



Garaj istimewa ini bahkan mempunyai keluasan yang lebih besar dari penthouse tersebut, kerana ia merangkumi 159.7 meter persegi.

Dikenali sebagai ‘The Show Room’, garaj ini dilengkapi dengan bilik mandi dan tempat parkir untuk lima buah kenderaan. Pemilik akan diberikan pilihan untuk mereka bentuk garaj sesuai dengan keinginan mereka.

garaj McLaren

Menurut McLaren, garaj istimewa ini merupakan pilihan untuk menghasilkan garaj utama McLaren yang direka oleh EYRC Architecture dengan kerjasama McLaren Automotive.

Garaj istimewa ini akan dihubungkan ke Terrace Estate 608 dengan lif peribadi. Secara keseluruhan, kediaman ini memiliki luas 280.1 meter persegi yang merangkumi tiga bilik tidur, tiga bilik mandi, bilik tetamu dan 19.7 meter persegi balkoni luar.

garaj McLaren

Rumah beserta garaj istimewa tersebut dijual pada harga USD16 juta (RM65.9 juta). Dengan harga tersebut, pemilik rumah ini akan diberi sewa sebuah McLaren 765LT selama satu tahun.

Menurut McLaren, hanya 765 unit dari 765LT pernah dihasilkan, dan semuanya sudah berjaya dijual. Oleh itu, sangat sukar untuk mendapatkan dan memandu model ini, dan ini merupakan kesempatan dan peluang bagi peminat kereta untuk menambah sesuatu yang sangat istimewa dalam koleksi mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here