Prasarana Malaysia sedia perkhidmatan van perantara LRT bermula hari ini

1861

Melalui anak syarikatnya iaitu Rapid Bus Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Berhad akan melancarkan perkhidmatan percubaan van perantara LRT bagi memantapkan lagi hubungan rangkaian pengangkutan awam.

Van perantara LRT

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus, En. Muhammad Yazurin Sallij, van perantara ini diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah jalan raya yang terlalu sempit bagi kenderaan lebar.



Perkhidmatan van ini ujarnya, dilaksanakan bermula hari ini sehingga 16 Mac depan sebagai tempoh percubaan bagi laluan T252 sahaja iaitu dari PPR Sungai Bonus ke LRT Wangsa Maju (melalui PPR Desa Rejang).

“Percubaan ini menggunakan 3 buah van berwarna merah jambu dan berkapasiti 10 orang penumpang. Perkhidmatan ini disediakan dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam
dengan kadar tambang RM1 melalui kaedah pembayaran pas tanpa had My30, Touch ‘N Go dan Kad Konsesi sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Muhammad Yazurin, maklumbalas pengguna perkhidmatan van perantara ini akan digunakan Prasarana bagi menganalisa keperluan dan kecekapannya kelak.

“Kami berharap penduduk di sekitar laluan baru ini dapat mencuba perkhidmatan ini serta memberikan maklum balas kepada kami mengenai T252 ini,” tambahnya.

Bagi mengetahui lokasi semasa van, pelanggan digalakkan menggunakan aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk di https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here