Kereta api laju Indonesia dijangka mula beroperasi tahun depan

2158

Kereta api laju, mercu baharu pengangkutan moden di Pulau Jawa dijangka mula beroperasi tahun depan, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

kereta api laju

Jokowi dalam cicipan di Twitter rasmi miliknya baru-baru ini berkata pembangunan projek tersebut iaitu dari Jakarta ke Bandung itu kini telah mencapai 73 peratus dan dijangka beroperasi pada akhir tahun 2022.



Projek yang dibangunkan syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) bermula 2019 itu melibatkan kos sebanyak USD6.071 bilion (RM2.51 bilion) dan bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara.

“Rangkaian KCJB (kereta api cepat Jakarta-Bandung) bermula dari stesen Halim di Jakarta dan berakhir di Stesen Teggaluar, Bandung dengan jarak 142.3 km dan tempoh perjalanan 46 minit,” lanjut Jokowi.

Jokowi turut menyatakan projek kereta api laju fasa kedua yang menghubungkan Jakarta ke Surabaya sejauh 700km dijangka siap pada 2025.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here