McLaren MP4-25A yang pernah dipandu Hamilton ini akan dilelong, harga jangkaan RM23.4 juta

1150

Jentera yang pernah dipandu Lewis Hamilton ketika memenangi kejuaraan Formula 1 akan dilelong secara langsung di Grand Prix British.

jentera lewis hamilton

Pernah merangkul kejuaraan Grand Prix Turki bersama Hamilton pada tahun 2010, McLaren MP4-25A ini akan dipandu mengelilingi litar Silverstone semasa proses lelongan berkenaan, iaitu sebelum bermulanya sesi kelayakan.



Ini adalah kali pertama salah satu jentera juara yang dipandu Hamilton akan dijual dan ianya dijangka mampu mencecah harga lebih £4 juta (RM23.4 juta).

jentera lewis hamilton

“Kami sangat berbangga dapat meneruskan kerjasama dengan RM Sotheby dan mengumumkan kereta pertama Formula 1 Lewis Hamilton yang akan dijual,” kata Pengarah Hospitaliti dan Pengalaman di Formula 1, Kate Beavan.

“Ia adalah masa yang tepat untuk menjual kereta ini. Berusia lebih 10 tahun sejak Lewis memenangi perlumbaan di Istanbul.

jentera lewis hamilton

“Kereta ini akan ditawarkan kepada umum untuk di jual di Silverstone, ‘rumah’ kepada perlumbaan Formula One. Selepas kejayaan besar penjualan di Abu Dhabi pada 2019, kali ini lebih istimewa apabila jentera sebenar Formula 1 yang sudah beraksi di setiap litar akan dilelong,” tambahnya.

Hamilton muncul juara dunia kali pertama bersama McLaren pada pada 2008 diikuti enam lagi gelaran bersama Mercedes pada 2014, 2015, 2017, 2018, 2019 dan tahun lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here