Pesawat Air France terbang ke Kanada guna minyak masak terpakai

1382

Air France-KLM pada Selasa lalu menerbangkan pesawat Airbus A350 dari Paris ke Montreal menggunakan bahan api bio.

Air France-KLM

Langkah itu sebagai usaha syarikat penerbangan berkenaan mengadaptasi penggunaan bahan bakar dengan pelepasan karbon rendah.



Penerbangan Air France 342 itu berlepas dari lapangan terbang Charles de Gaulle, dengan pesawat yang digerakkan dengan campuran 16 peratus bahan bakar penerbangan lestari (sustainable aviation fuel atau SAF).

Bahan itu dihasilkan syarikat penapisan minyak Total di Perancis, menggunakan minyak masak terpakai. Ia menandakan usaha sama ke arah mengurangkan pelepasan karbon dalam sistem pengangkutan udara.

Bahan bakar yang dihasilkan daripada biojisim, atau bahan bakar sintetik boleh dikitar semula, berpotensi mengurangkan pelepasan karbon.

Mulai tahun depan, penerbangan dari Perancis diwajibkan menggunakan 1 peratus SAF. Ia susulan matlamat Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai 2 peratus penggunaan SAF pada 2025 dan 5 peratus pada 2030 di bawah dasar hijau blok itu.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tradisional berusaha mengecualikan penerbangan jarak jauh mereka dengan alasan syarat SAF yang hanya terpakai di Eropah itu mendedahkan mereka kepada persaingan asing yang tidak adil.

Air France-KLM

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan syarikat penerbangan tambang rendah termasuk Ryanair, Wizz Air dan easyJet yang menulis kepada EU pada Mac, meminta supaya peraturan itu dikenakan ke atas semua penerbangan dari Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif Air France-KLM, Ben Smith berkata, syarikat penerbangan mempunyai tanggungjawab besar mengurangkan pelepasan karbon.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here