Opel Manta GSe ElektroMOD – Restomod kereta klasik menjadi EV moden!

1753

Opel nampaknya telah memodenkan model klasik mereka, Manta A dengan nadi elektrik.

Ianya hanya projek one-off iaitu satu unit sahaja dihasilkan, tetapi coupe sports 1970-an itu telah mendapat motor elektrik di belakang untuk menggantikan enjin asal empat-silinder.



Motor elektrik itu menjana 108kW (145hp) dan 255Nm tork, menjadikannya Manta generasi pertama paling berkuasa pernah dihasilkan.

Diberi nama Manta GSe ElektroMOD, ia sama seperti kereta asalnya iaitu masih jentera rear-wheel drive malah mengekalkan transmisi manual 4-kelajuannya. Bateri lithium ion 31-kWh membekalkan kuasa cukup untuk jarak pemanduan kira-kira 200km.

Restomod ini bukan sekadar menukar enjin/nadi, tetapi gaya luar dan dalam telah diberi sentuhan lebih moden dan segar.

Dengan warna badan kuning neon, Manta GSe mendapat gerbang roda yang direka semula untuk menyumbat rim aloi 17-inci baharu, dibaluti tayar 195/40 di depan dan 205/40 belakang.

Untuk bahagian dalam pula, Opel memberikan pembaharuan lebih menyeluruh, antaranya dengan setup dua skrin melintang. Kluster instrumen bersaiz 12-inci, manakala unit infotainmen bersaiz 10-inci.

Tempat duduk sports diambil dari model Adam S, manakala kemasan kuning dalam kabin melengkapkan gaya keseluruhan.

Apa pendapat anda mengenai konsep sebegini?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here