Perpustakaan awam LA henti perkhidmatan Toyota Previa (Estima), ganti dengan Sienna 2021

1129

Setelah 26 tahun digunakan, Perpustakaan Awam Los Angeles (LA) tidak lagi menggunakan khidmat Toyota Previa (Estima) 1994.

Minivan (MPV) tersebut kini digantikan dengan model baharu yang disumbang oleh Toyota Dealers Association (TDA).



MPV baharu tersebut ialah Toyota Sienna 2021, yang akan digunakan untuk menyokong program jangkauan masyarakat, program-program luar, dan pengagihan bahan bacaan kepada 73 cawangan Perpustakaan Awam Los Angeles.

“Previa 1994 telah banyak berjasa kepada komuniti kami dan telah menempuh jarak ribuan kilometer selama 26 tahun tempoh perkhidmatannya,” kata Madeline J. Bryant, pustakawan utama Jabatan Perkhidmatan Belia, Bahagian Penglibatan dan Pembelajaran. 

perpustakaan awam LA

“Sienna baharu ini akan menjadi pengangkutan baharu yang menarik untuk perpustakaan. Kami bersyukur kerana memiliki kenderaan yang selamat dan jimat bahan bakar yang mampu membantu kami untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih banyak penduduk Los Angeles,” tambahnya.

Hadir dengan kemasan yang sama seperti Previa 1994 yang digunakan sebelum ini, Perpustakaan Awam Los Angeles merancang untuk menggunakan Sienna baharu mereka untuk membantu melaksanakan kempen Read Baby Read.

perpustakaan awam LA

Kempen ini mampu memberikan bahan bacaan kepada individu yang baru menjadi ibu dan bapa di hospital dan klinik kesihatan yang mengambil bahagian.

Kakitangan perpustakaan awam juga merancang untuk melakukan perjalanan ke pelbagai kawasan di LA pada akhir tahun ini untuk mengadakan program luar yang interaktif untuk kanak-kanak dan remaja.

“Toyota membantu dalam menjadikan perpustakaan dapat diakses ke lebih banyak kawasan di seluruh LA,” kata Shawn Domeracki, pengurus besar, Toyota Los Angeles.

perpustakaan awam LA

“Kami bangga menyokong Perpustakaan Awam Los Angeles dan berharap dapat melihat banyak komuniti menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka,” tambahnya.

Toyota Sienna generasi keempat diperkenalkan tahun lalu dengan sistem drivetrain hibrid yang dipadankan dengan enjin 2.5-liter empat silinder sebaris serta dua motor elektrik. Jumlah output ialah pada 243hp dan MPV ini juga mampu mencatat EPA sekitar 36mpg (15.3 km/liter).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here