Lelaki ini jual Kawasaki Versys 650 demi bantu Palestin

1551

Seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi sanggup menjual kenderaannya itu bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas Israel.

Kawasaki Versys 650

Menerusi hantaran di Facebook, pengguna media sosial bernama Khaidhir Ali Matar berkata, Kawasaki Versys 650 miliknya itu akan dijual dengan harga RM30,000.



“Jualan Amal Palestin. Sebuah jentera Versys 650cc 2017. Jentera sangat-sangat terjaga. Semua duit akan diberikan kepada Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, mana-mana individu berminat untuk membeli jentera kesayangannya itu boleh menghubungi Abdul Muein Mohd Noor di talian 0138021017 ataupun berurusan dengannya di 0135673439.

“Kemudian resit serah kepada saya dan boleh datang ambil motosikal pada bila-bila masa di Keningau, Sabah. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik,” ujarnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here