Warga emas tarik bas elektrik 15,150kg, pecah Guinness World Records sendiri

1049

Lelaki Kanada berusia 58 tahun membuktikan usia bukan penghalang apabila menarik bas transit elektrik seberat 15,150kg, sejauh 15 meter di West 67th Street di Manhattan.

Kevin Fast yang turut dikenali sebagai orang terkuat Kanada itu memecah rekod Guinness World Records peribadinya pada 2017 dengan menarik trak 11,080kg di Cobourg, Ontario.



Nama Kevin bukanlah asing kerana dia memiliki lebih daripada 30 rekod dunia termasuk menarik kapal terbang 208 tan, trak 63 tan dan rumah 40 tan.

Pemangku Presiden Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) yang juga Naib Presiden Jabatan Bas Transit New York, Frank Annicaro berkata, pihaknya berbangga dapat turut serta dalam acara bersejarah itu.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Kevin Fast atas pencapaian mengagumkan ini.

“Menggunakan bas kami memberi peluang untuk kami menunjukkan komitmen berterusan MTA dalam penyampaian sistem perkhidmatan bas moden, lestari dan diyakini penduduk New York, sambil kita melindungi alam sekitar,” katanya.

BACA>>Jambatan pejalan kaki tertutup sepanjang 249.9 meter pecahkan rekod dunia Guinness

BACA>>Dron gergasi UTHM mampu angkat beban 200kg, pecah rekod Malaysia Book of Records

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here