Lewis Hamilton pecah rekod raih kemenangan ke-100

236

Lewis Hamilton berjaya menamatkan saingan di tempat pertama dalam pusingan Grand Prix Rusia, sekaligus menjadikannya pemandu pertama yang memenangi 100 perlumbaan Formula Satu (F1).

Ketika berbaki lima pusingan, dalam keadaan litar basah akibat hujan menyebabkan rata-rata pemandu terbabas dan Hamilton konsisten di depan untuk meraih kemenangan.

Kemenangan tersebut menjadikan Hamilton mendahului kejuaraan dunia dengan kelebihan dua mata di depan Max Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Juara dunia tujuh kali itu meraih pencapaian berkenaan, terpaksa menunggu lama bersama jentera Mercedes selepas tersekat di angka 99 sejak Grand Prix British.

“Ia saat yang ajaib. Saya tidak pernah bayangkan akan terus berada di sini dan mempunyai peluang untuk memenangi perlumbaan serta berlumba dengan bakat-bakat hebat dalam karier saya.

“Untuk terus bekerjasama dengan Mercedes, sesuatu yang amat saya banggakan, bukan saja di atas litar tetapi juga di luar, ia adalah saat istimewa buat semua yang terbabit.

“Saya mempunyai pasukan yang menakjubkan,” kata Hamilton

Selain meraikan kejayaan peribadinya, Mercedes juga mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus di litar Sochi apabila memenangi setiap grand prix Rusia sejak ia bermula pada 2014.

BACA>>F1 umum anugerah baharu pelumba paling banyak memotong

BACA>>14 tahun berlumba, ini kali pertama Hamilton terlanggar krew pit

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here