Supercar Blondie terkedu disaman ketika reviu model konsep Lamborghini depan gereja, rupanya….

5963

Peminat industri automotif pasti mengenali wanita bernama Alexandra Mary Hirschi atau Supercar Blondie, yang sangat popular dan dikenali di seluruh dunia sebagai influencer yang sering berkongsi video mengenai kereta mewah.

Alex yang kerap melakukan pandu-uji mengenai pelbagai jenis kereta mewah, yang diperkenalkan oleh pelbagai syarikat pengeluar. Kini dia merupakan salah satu influencer automotif wanita dengan pendapatan tertinggi di dunia.



Menerusi video perkongsian terbaharunya di Facebook, Supercar Blondie, dia telah dikenakan saman oleh pihak polis di Itali ketika sedang membuat rakaman mengenai sebuah kereta konsep Lamborghini Terzo Millennio.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kenderaan pihak polis yang berhenti bersebelahan Terzo Millennio semasa Alex sedang membuat rakaman. Alex yang kelihatan tergamam selepas disuruh untuk hentikan membuat rakaman selepas dimaklumkan meletak kereta di hadapan gereja adalah dilarang dan menjadi satu kesalahan.

Alex yang menyedari kesalahan tersebut segera memohon maaf tetapi pihak polis tetap mengenakan saman terhadap beliau. Namun apa yang sedikit mencuit hati apabila pihak polis tidak menjumpai nombor pendaftaran yang tertera dan hanya menulis “Lamborghini” pada surat saman berkenaan.

Bagaimanapun, Alex menjelaskan dalam video tersebut bahawa kejadian tersebut sebenarnya merupakan prank atau gurauan sahaja dari pihak Lamborghini untuk menggenakannya.

Lamborghini Terzo Millennio, merupakan visi supercar masa depan yang dikuasakan elektrik sepenuhnya telah dilancarkan pada tahun 2017. Konsep tersebut hasil kerjasama pihak Lamborghini dengan makmal MIT (Institut Teknologi Massachusetts) di Boston AS.

Ia mempunyai empat motor dengan menggunakan supercapacitors yang boleh menyimpan sejumlah besar tenaga, untuk menawarkan daya yang cukup untuk menggerakkan supercar ciri-ciri ini.

Yang paling menarik adalah penggunaan nanoteknologi sehingga Lamborghini Terzo Millennio mempunyai kemampuan untuk memperbaiki diri iaitu, monitor status akan tersebar di seluruh kenderaan untuk mencari kerosakan.

Walaupun Terzo Millennio merupakan kereta konsep semata-mata yang mana pihak Lamborghini pamerkan sebagai lambang halatuju syarikat mereka. Namun, ia dilihat tidak mustahil ia akan berada di atas jalanraya dalam masa terdekat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here