Budak lelaki main lompat belakang trak pikap, pemandu buat ‘bodoh’ bila dibagitahu

1959

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita didedahkan mengenai isu kemalangan melibatkan kanak-kanak, malah yang paling menyedihkan kecuaian ibu bapa antara punca kes kemalangan dalam kalangan kanak-kanak meningkat.

Seperti mana satu perkongsian yang dimuat naik di twitter @BxllaAnxar, telah mengundang kerisauan ramai pihak apabila dilihat seorang kanak-kanak duduk di bahagian belakang sebuah pikap trak tanpa sebarang pemerhatian.



Menerusi video berdurasi 19 saat tersebut, kanak-kanak itu sedang melompat-lompat dan duduk di atas palang di bahagian bumbung di ruangan belakang trak pikap tersebut semasa dalam keadaan hujan.

Difahamkan, pengguna jalan raya yang lain yang menyedari dengan perkara tersebut turut membunyikan hon dan menjerit untuk menegur pemandu berkenaan, namun tidak diendahkannya.

Sememangnya golongan kanak-kanak ini, sentiasa terdedah kepada pelbagai bahaya yang boleh memudaratkan mereka, malah mempunyai had tertentu dalam menilai situasi dan masih memerlukan pemantauan orang dewasa

Meninjau di ruangan Twitter, kejadian tersebut mengundang amarah orang ramai di mana rata-rata daripada mereka meluahkan perasaan geram dan kesal dengan tindakan penjaga kanak-kanak tersebut yang mengabaikan keselamatannya.

“Ikut sunroof takpe lagi,ni keluar kepala ikut tingkap. Dah mengejut keluarnya, haritu saya naik motor sikit lagi nak libas kepala budak tu dengan side mirror motor.

“Kot ye pun nak bagi anak explore dunia, ni macam nak bagi explore dunia lain sekali gus ni. Nauzubillah la harap takda apa jadi, tapi what is this behaviour.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here